Komuniti Bestari mukim Kolapis sekali lagi telah melakar satu lagi sejarah yang cukup indah apabila buat julung-julung kalinya mengadakan Pertandingan Memancing K-Bestari Terbuka Daerah Beluran dengan kerjasama daripada Jabatan Penerangan Daerah Beluran pada 29 Mei 2010 yang bertempat di kawasan perairan Kampung Kolapis.Pertandingan ini telah dijadikan sebagai salah satu pengisian di dalam program Info Bestari Mukim Kolapis.Pertandingan ini dilaksanakan dengan tujuan agar pengunjung dari luar mengenali Daerah Beluran dengan lebih dekat lagi serta mewar-warkan kepada masyarakat umum bahawa daerah ini mempunyai banyak sumber lautnya.Kejayaan menganjurkan pertandingan ini bukan sahaja melakar sejarah buat komuniti Bestari ini diperingkat daerah malahan di peringkat kebangsaan.Ini terbukti apabila belum ada lagi Komuniti Bestari yang menganjurkan pertandingan seumpama itu diperingkat Daerah di seluruh Malaysia. Selain daripada itu juga program ini merupakan salah satu cara untuk memperkasakan lagi konsep 1 Malaysia dengan cara yang berbeza.
Pertandingan ini juga telah mendapat sokongan penuh daripada Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P183 Beluran apabila beliau sendiri telah menjadi penaja utama pertandingan tersebut. Beliau berkata, pertandingan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk mempromosikan Daerah Beluran dan mengharapkan agar ianya akan dijadikan sebagai program tahunan bagi daerah Beluran.Beliau berucap didalam majlis perlancaran Pertandingan Memancing K-Bestari Mukim Kolapis 2010 di rumah Penginapan Datuk Chua di Kampung Kolapis. Tambahan Beliau lagi wang Tunai bagi pemenang pertandingan Memancing ini akan ditingkatkan lagi pada masa akan datang apabila Kampung Kolapis ini telah dikenali melalui penganjuran pertandingan Memancing ini. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang pula telah disempurnakan oleh wakil YB Datuk Ronald Kiandee, iaitu Datuk Chua Yung Kim,Pengerusi OKU Beluran. Datuk Chua Yung Kim juga telah menyempurnakan Majlis Penutupan Info Bestari Mukim Kolapis di sebelah malamnya.
Menurut Pegawai Penyelaras Komuniti Bestari Mukim kolapis, En Mohammad Dini Bin Ahmad, Pertandingan ini bukan sahaja sebagai satu landasan untuk menimba pengalaman bagi setiap ahli Komuniti Bestari malahan ianya juga sebagai salah satu kayu ukur sejauh mana Komuniti Bestari Mukim Kolapis mampu membuat suatu perubahan di dalam masyarakat serta mencapai objektif penubuhannya.Pertandingan ini akan diperbaiki serta dikemaskini terutama sekali dari segi promosi serta pengurusannya dan kategori berkumpulan akan di tambah bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut pada masa akan datang.
Maklumat Tambahan:
a) Pengerusi komuniti Bestari Mukim Kolapis: En Abdul Ghafar Ashik
b) Pengarah Projek Pertandingan Memancing: En Abdul Rahim Bin Bulat
c) Pengarah Projek Program Info Bestari: En Ismail Bin Bulat
d) Tempat Pertama: Setarah Bin Abubana (Pari-2.3 kg)
Tempat Ke-2: En Randy @ Aloysius Frederick (Pari-1.2kg)
Tempat Ke-3: En Daud Amat@Mohd( Senangin-900gm)
e) Penglibatan peserta: Daerah Beluran, Sandakan dan juga Kinabatangan.