Sunday, December 13, 2009

Majlis Sambutan Hari Keluarga Komuniti Bestari Mukim Kolapis 09






Majlis Sambutan Hari Keluarga Komuniti Bestari Mukim Kolapis 09 telah mencipta satu lagi sejarah sepanjang penubuhan K-bestari Mukim Kolapis.Ini kerana sambutan tersebut benar-benar memberikan impak yang besar terutamanya kepada pemimpin-pemimpin kampung dan juga penduduk kampung di dalam kawasan mukim kolapis.Sambutan tersebut telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kampung.Majlis tersebut telah dirasmikan olehEn Rajibi bin Hj Aman pegawai Daerah Beluran yang mana dilaksanakan pada 29/12/09 di Mini dewan Kampung Kolapis.Pada 26/12/09 Yang Berbahagia James Ratib, Ketua Bahagian UMNO P183 Beluran telah memberi kepercayaan penuh kepada K-Bestari Mukim Kolapis untuk menguruskan penyempurnaan ibadah korban daripada beliau menjelang Hari Raya Aidiladha.Beliau telah menyerahkan seekor lembu pada hari tersebut dan pihak komuniti telah berjaya menguruskan lembu korban tersebut dengan jayanya.Pelbagai acara telah dilaksanakan sempena Sambutan tersebut,antaranya adalah:



a) pertandingan Bola tampar



b)pertandingan Bola sepak



c) sukaneka



d)pertandingan Karaoke



e)persembahan tarian 1 Malaysia



f)Persembahan nyanyian daripada artis Sandakan-Ries dan juga artis komuniti bestari Paitan-cik Haslalinah Bte Hassan



g)cabutan tiket bertuah



h)pertandingan tarik tali



i)Perlawanan persahabatan antara pasukan En James Ratib Ketua bahagian UMNO Beluran bersama pemimpin Kampung termasuk pengerusi K-Bestari iaitu En Abdul Ghafar Asyik. dengan penduduk kampung.



Pihak Komuniti juga berterima kasih dengan sumbangan ikhlas daripada Yang Berhormat Dato Ronald Kiandee,Ahli Parlimen P183 Beluran dan juga beberapa orang ahli perniagaan yang terkenal yang sentiasa memberikan sokongan terhadap semua aktiviti yang dilaksanakan oleh Komuniti Bestari Mukim Kolapis.